- Iklan -
Berita

Kes baru kekal di paras 1,800, 2 lagi terkorban

23,208 kes aktif direkodkan dengan 95.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Penumpang menunggu LRT untuk pulang ke rumah selepas seharian bekerja di Kuala Lumpur.
Penumpang menunggu LRT untuk pulang ke rumah selepas seharian bekerja di Kuala Lumpur.

1,877 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,510,196 kes.

Sebanyak 1,715 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,451,308.

Ketika ini, 23,208 kes aktif direkodkan, dengan 22,204 atau 95.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 30 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 945 (4.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 29 kes dan 17 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 60.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 6.2%.

Dua lagi korban dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,680 orang.