- Iklan -
Berita

30% kanak-kanak lengkap divaksinasi

Sementara 46.4% daripada kumpulan itu telah menerima satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang kanak-kanak tenang ketika menerima vaksinasi di bawah PICKids di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.
Seorang kanak-kanak tenang ketika menerima vaksinasi di bawah PICKids di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.

Sebanyak 1,063,569 atau 30% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow, seramai 1,646,257 kanak-kanak atau 46.4% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,905,317 (93.4%) telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,002,852 (96.5 peratus) daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam tempoh sama, sejumlah 16,066,394 atau 68.3% golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,971,246 (97.6%) telah lengkap dua dos dan 23,247,211 (98.8 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 9,228 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 2,700 dos pertama, 4,779 dos kedua dan 1,749 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,689,336.

Menurut portal GitHub KKM, lima kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Melaka dan masing-masing satu kes di Johor, Sarawak dan Selangor.