- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 2,100 jangkitan, 4 lagi terkorban

23,556 kes aktif direkodkan dengan 94.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain pasir pantai di Pengkalan Balak, Melaka. SOP memakai pelitup muka dilonggarkan pada 1 April sempena peralihan ke fasa endemik.
Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain pasir pantai di Pengkalan Balak, Melaka. SOP memakai pelitup muka dilonggarkan pada 1 April sempena peralihan ke fasa endemik.

2,153 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,458,889 kes.

Sebanyak 2,869 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,400,750.

Ketika ini, 23,556 kes aktif direkodkan, dengan 21,363 atau 94.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 30 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,075 (4.8%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 88 kes dan 59 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 54.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 11.9%.

Empat lagi korban dilaporkan termasuk tiga kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,583 orang.