- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 5,600 jangkitan, 9 lagi terkorban

80,977 kes aktif direkodkan, dengan 97.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung memilih sayur-sayuran di Pasar Ampang dengan memakai pelitup muka bagi mengelak daripada jangkitan Covid-19.
Pengunjung memilih sayur-sayuran di Pasar Ampang dengan memakai pelitup muka bagi mengelak daripada jangkitan Covid-19.

5,624 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak  4,427,067 kes.

Sebanyak 10,041 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,310,599.

Ketika ini 80,977 kes aktif direkodkan, dengan 79,149 atau 97.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 134 (0.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,605 (2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 89 kes dan 57 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 52.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 11.9%.

Sembilan korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk dua kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,491 orang.