- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 6,000 jangkitan, 12 lagi korban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 51.5% dengan kes Covid-19 merangkumi 12.8%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung pasar Ampang di Kuala Lumpur memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.
Pengunjung pasar Ampang di Kuala Lumpur memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada wabak Covid-19.

6,069 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,402,234 kes.

Sebanyak 10,619 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,274,746.

Ketika ini 92,039 kes aktif direkodkan, dengan 89,698 atau 97.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 256 (0.3%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,988 (2.4%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 97 kes dan 64 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 51.5% dengan kes Covid-19 merangkumi 12.8%.

12 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk satu kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,449 orang.