Saturday, May 21, 2022

5.5% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 38.6% terima dos pertama

Sementara itu, 67.8% populasi dewasa menerima dos penggalak.

Other News

Seramai 195,865 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 5.5% daripada populasi itu di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, seramai 1,371,120 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.6% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,863,771 individu atau 92% telah lengkap divaksin, manakala 2,965,625 atau 95.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 15,942,215 individu atau 67.8% telah menerima dos penggalak, manakala 22,958,810 atau 97.6% telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,235,580 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 45,550 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam, melibatkan 32,773 dos kedua, 8,283 suntikan dos penggalak dan 4,494 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,320,354.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 30 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Malaysia semalam dengan Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu lima kes, diikuti Pulau Pinang dan Sarawak dengan masing-masing empat kes.

Perak dan Selangor masing-masing merekodkan tiga kes manakala Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing dengan dua kes sementara satu kes masing-masing di Perlis, Sabah dan Terengganu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles