- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 11,900, 36 lagi terkorban

157,571 kes aktif direkodkan dengan 97.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pengunjung kompleks membeli belah The Curve menari sambil memakai pelitup muka semasa persembahan seorang busker di hadapan kedai kopi Starbucks di Mutiara Damansara.
Beberapa pengunjung kompleks membeli belah The Curve menari sambil memakai pelitup muka semasa persembahan seorang busker di hadapan kedai kopi Starbucks di Mutiara Damansara.

11,994 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,292,585 kes.

Sebanyak 16,603 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,099,786.

Ketika ini 157,571 kes aktif direkodkan, dengan 153,859 atau 97.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 341 (0.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 3,174 (2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 197 kes dan 108 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 62.6% dengan kes Covid-19 merangkumi 26.8%.

36 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk sembilan kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,228 orang