Friday, May 20, 2022

Kes harian turun ke paras 10,000, 28 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 53.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 26.9%.

Other News

10,002 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,256,469 kes.

Sebanyak 23,302 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,041,723.

Ketika ini 179,619 kes aktif direkodkan, dengan 175,339 atau 97.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 422 (0.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 3,622 (2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 236 kes dan 140 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 53.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 26.9%.

28 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk tujuh kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,127 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles