- Iklan -
Berita

CEO Selangor FC nafi terima bantuan kewangan daripada pasukan lain

Menurut Johan Kamal Hamidon, sejak berada di bawah pimpinan Tengku Amir, dana pasukan itu hanya diterima daripada hasil aktiviti pengkomersialan dan tajaan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pemilik bersama Selangor FC Raja Muda Selangor Tengku Amir dalam sebuah acara Kelab Bola Sepak Selangor. Gambar: Facebook
Pemilik bersama Selangor FC Raja Muda Selangor Tengku Amir dalam sebuah acara Kelab Bola Sepak Selangor. Gambar: Facebook

Di bawah kepimpinan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, Selangor FC tidak pernah dibantu dari sudut kewangan daripada mana-mana pasukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Johan Kamal Hamidon berkata sejak berada di bawah Tengku Amir pada Julai 2018, dana pasukan itu hanya diterima daripada hasil aktiviti pengkomersialan dan tajaan.

“Memandangkan ramai yang bertanya, saya ingin jelaskan bahawa di bawah kepimpinan RMS sejak Julai 2018, Selangor tidak pernah menerima sebarang bantuan kewangan dari pasukan lain.

“Dana kelab hanyalah daripada penaja rasmi dan aktiviti pengkomersialan sahaja,” kata Johan menerusi ciapan Twitternya.

Ciapan itu dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini bahawa baginda pernah menyalurkan bantuan kepada lima pasukan Liga Malaysia (Liga-M) antaranya Selangor sebanyak dua kali.

Selain Selangor, Tunku Ismail berkata beliau turut membantu Kelantan sebanyak dua kali sementara Penang FC, Melaka dan terbaru Perak FC sebanyak sekali.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.