Monday, May 16, 2022

Kes harian lepasi 27,000 jangkitan, 86 lagi korban

296,799 kes aktif direkodkan, dan 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

27,004 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,927,437 kes.

Sebanyak 29,450 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,596,453.

Ketika ini 296,799 kes aktif direkodkan, dengan 286,599 atau 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 1,971  (0.7%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 7,856 (2.6%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 373 kes dan 225 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 58.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 42.1% daripadanya.

86 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 35 kes kematian di luar kemudahan hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 34,185 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles