- Iklan -
Berita

65.6% dewasa diberi dos penggalak, 34.4% kanak-kanak divaksinasi

Sementara itu, 91.3% populasi remaja telah lengkap divaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Megaklinik Zahran memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) 5 hingga 11 tahun di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.
Petugas kesihatan dari Megaklinik Zahran memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) 5 hingga 11 tahun di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.

Sebanyak 15,425,524 individu dewasa atau 65.6% daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 22,940,801 atau 97.5% daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,216,630 atau 98.7% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,221,990 individu atau 34.4% kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,841,412 individu atau 91.3% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,940,403 atau 94.5% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian semalam menyaksikan sebanyak 46,039 dos diberikan semalam meliputi 13,256 dos pertama; 2,166 dos kedua dan 30,617 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,376,641.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 86 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan Perak tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Selangor 14 kes, Kedah (10), Melaka (lapan) dan Johor (tujuh).

Selain itu, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu masing-masing melaporkan enam kes, Negeri Sembilan (empat), Pahang (dua) manakala satu kes direkodkan di Kuala Lumpur.