- Iklan -
Berita

Kes harian sekali lagi lepasi 4,000 jangkitan

Sebanyak 2,840,225 kes keseluruhan Covid-19 dicatatkan setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa pengunjung bersantai dengan ahli keluarga di pantai Pengkalan Balak, Tanjung Bidara.
Beberapa pengunjung bersantai dengan ahli keluarga di pantai Pengkalan Balak, Tanjung Bidara.

4,066 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,840,225 kes.

3,559 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,762,608.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 131 kes di mana 113 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 65 kes di mana 46 adalah kes Covid-19.

Dari 4,066 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 50 kes (1.2%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 4,016 kes (98.8%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.