- Iklan -
Berita

Kes harian kekal di paras 3,100

Sebanyak 2,795,233 kes keseluruhan Covid-19 dicatatkan setakat ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana di pasar Chow Kit di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Di bawah PPN, penerima vaksin lengkap diberikan kelonggaran untuk melakukan aktiviti ekonomi dan sosial.
Suasana di pasar Chow Kit di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN). Di bawah PPN, penerima vaksin lengkap diberikan kelonggaran untuk melakukan aktiviti ekonomi dan sosial.

3,198 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 2,795,233.

Pesakit yang sembuh pula mencatat 3,200 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 2,723,599.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 215 kes di mana 185 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 105 kes di mana 65 adalah kes Covid-19.

Dari 3,198 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 39 kes (1.2%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 3,159 kes (98.8%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.