- Iklan -
Berita

Malaysia kesan kes Omicron kedua pada kanak-kanak berusia 8 tahun dari Nigeria

18 lagi suspek pembawa Omicron sedang menunggu keputusan ujian.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Sebuah kapal terbang kelihatan berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.
Sebuah kapal terbang kelihatan berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang.

Kementerian kesihatan hari ini mengesahkan kes kedua Omicron dikesan daripada seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang tinggal dengan keluarganya di Lagos, Nigeria.

Kanak-kanak itu tiba di Malaysia bersama ibu dan adik perempuannya pada 5 Disember 2021 dari Doha, Qatar di mana mereka transit dari Nigeria.

Dia dan keluarganya menjalani ujian RT-PCR Covid-19 semasa ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
(KLIA).

Keputusan ujian RT-PCR kes semasa ketibaan didapati positif Covid-19 pada 7 Disember 2021.

Kes tidak mempunyai gejala dan diarahkan menjalani isolasi di rumah selama 14 hari.

Seminggu selepas itu, jujukan genom penuh (WGS) dijalankan melalui ujian PCR Genotyping Assay yang dijalankan selanjutnya ke atas sampel kanak-kanak tersebut telah disahkan varian Omicron pada 14 Disember 2021.

Sementara itu, ujian ke atas ibu dan adik perempuannya sama ada sebelum berlepas ke Malaysia, semasa ketibaan, pada hari kelima dan pada hari kesebelas menunjukkan keputusan negatif.

Pemandu teksi yang menjadi kontak rapat kes juga turut disahkan negatif.

35 penumpang penerbangan yang sama turut diuji negatif selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat.

Sementara itu, KKM berkata 18 kes lagi sedang menunggu keputusan PCR Genotyping Assay untuk mengesahkan sama ada mereka dijangkiti varian Omicron.

Keputusan ujian dijangka akan diperolehi esok.