- Iklan -
Berita

95.9% dewasa, 87.7% remaja lengkap divaksinasi

98% atau 22,944,240 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech semasa menghadiri temujanji bagi remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech semasa menghadiri temujanji bagi remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Sebanyak 95.9% atau 22,442,346 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 98% atau 22,944,240 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu 87.7% atau 2,762,739 individu bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 82.8% atau 2,607,392 individu remaja telah lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, 138,752 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 8,428 suntikan dos lengkap, 5,067 menerima dos pertama dan 125,257 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,391,444.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1,823,474.