Sunday, January 23, 2022

PRN Sarawak akan diadakan pada 18 Disember

Hari pencalonan ditetapkan pada 6 Disember.

Other News

Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) pada 18 Disember, dengan peruntukan 12 hari untuk berkempen menyusuli hari pencalonan pada 6 Disember, menjadikannya PRN ketiga diadakan sepanjang pandemik.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh, sejumlah 1.2 juta pengundi akan membuang undi bagi PRN ke-12 Sarawak dengan undi awal akan dijalankan pada 14 Disember.

Daripada jumlah tersebut, SPR menyasarkan 70% daripadanya akan keluar mengundi di seluruh negeri tersebut.

“Sehingga 2 November, daftar pemilih mengandungi 1,252,014 orang pengundi – 1,228,858 org undi biasa, 12,585 org anggota tentera orang pasangan.

“Bagi menggalakkan pengundi untuk keluar undi SPR laksanaka kempen ‘Jom Kita Undi’ melalui media elektronik, media sosial, pemasangan kain rentang di lokasi strategik,” kata Ghani dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Ghani turut berkata bagi urusan undi pos luar negara dan dalam negara permohonan undi pos bagi warga Malaysia di luar negara (Borang 1B) dan kategori sembilan agensi sektor keselamatan dan kesihatan (Borang 1C) telah dibuka dari 8 November 2021 sehingga hari ini.

Manakala untuk petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, tentera dan petuga media (Borang 1A) dibuka bermula hari ini hingga 3 Disember depan.

“Permohonan undi pos untuk kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) dilaksanakan secara dalam talian (online) berbanding secara manual sebelum ini,” katanya.

Ia boleh dilakukan melalui laman sesawang mysprdaftar.spr.gov.my.

 

 

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles