Tuesday, November 30, 2021

KPM nafi guru akan dihukum jika ‘berleter’

KPM menafikan pihaknya mengeluarkan jadual bentuk hukuman yang dilarang dilakukan guru yang tular di media sosial.

Other News

Kementerian pendidikan (KPM) hari ini menafikan mengeluarkan sebuah jadual bertajuk “Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang” seperti yang tular di media sosial kononnya guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid.

KPM merujuk laporan yang diterbitkan sebuah laman sesawang mengatakan “guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid.”

“KPM tidak pernah mengeluarkan jadual yang bertajuk ‘Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang’ seperti yang tular di media sosial,” kata KPM dalam sebuah kenyataan hari ini.

Menurut KPM, ada enam tatacara pengurusan disiplin yang dkeluarkan kementerian sebagai garis panduan guru.

Ia termasuk Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959; Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil. 8/1983: Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran; SPI Bil. 7/1995: Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah.

Selain garis panduan itu, KPM juga turut mengeluarkan surat pekeliling mengenai kuasa merotan murid oleh guru, dan prosedur operasi standard (SOP) mengenai tindakan menangani isu disiplin di sekolah.

KPM menegaskan tatacara pengurusan disiplin murid adalah berdasarkan garis panduan dan surat pekeliling yang dikeluarkannya secara rasmi.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles