Wednesday, December 1, 2021

Kes harian Covid-19 lepasi 6,300 jangkitan

Malaysia kini mencatat kes keseluruhan Covid-19 sebanyak 2,569,533.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,380 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,569,533 kes.

5,760 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,472,283.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 541 kes di mana 452 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 263 kes di mana 169 adalah kes Covid-19.

Dari 6,380 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 98 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 6,282 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles