Tuesday, December 7, 2021

Kes baru meningkat lepasi 6,200 jangkitan

Malaysia kini merekodkan 2,563,153 kes keseluruhan Covid-19.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,288 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,563,153 kes.

4,743 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,466,523.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 536 kes di mana 440 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 251 kes di mana 172 adalah kes Covid-19.

Dari 6,288 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 125 kes (2.0%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 6,163 kes (98.0%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles