- Iklan -
Berita

79.3% remaja, 95.2% dewasa lengkap divaksinasi

74,058 suntikan dos penggalak telah diberikan semalam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pelajar sekolah divaksinasi dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang dilancarkan September lalu. Gambar: AP
Pelajar sekolah divaksinasi dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang dilancarkan September lalu. Gambar: AP

Sebanyak 79.3% atau 2,495,444 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun di negara ini telah lengkap diberi suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 97.7% atau 22,854,725 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 95.2% atau 22,278,477 individu telah lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, 114,704 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 33,258 suntikan dos lengkap, 7,388 menerima dos pertama dan 74,058 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,077,813.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 900,201.