Wednesday, December 8, 2021

Malaysia rekod 48 kes baru varian Delta

Sebanyak 34 kes dikesan di Pulau Pinang, 12 di Pahang dan dua di Perlis.

Other News

Sebanyak 48 kes baharu membabitkan varian yang membimbangkan (VOC) iaitu Delta (B.1.617.2) dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 34 kes dikesan di Pulau Pinang, 12 di Pahang dan dua di Perlis.

Beliau berkata kesemua kes dikenal pasti menerusi kajian berterusan Institut Farmakogenomiks Integratif (iPROMISE–UiTM).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC serta varian yang perlu diberi perhatian (VOI) adalah sebanyak 3,830 kes dan daripada jumlah itu, 3,810 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini bagi VOC terdapat sebanyak 3,570 kes varian Delta, 226 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Bagi VOI pula, sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta dikesan semalam.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles