Saturday, December 4, 2021

Kes harian meningkat lepasi 6,500

Malaysia kini mencatat kes keseluruhan sebanyak 2,535,338.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 6,517 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,535,338 kes.

6,026 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,441,485.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 544 kes di mana 485 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 269 kes di mana 194 adalah kes Covid-19.

Dari 6,517 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 125 kes (1.5%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 6,392 kes (98.5%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles