- Iklan -
Berita

95.1% dewasa, 78.5% remaja lengkap divaksinasi

75.7% populasi Malaysia sudah menerima vaksin Covid-19 yang lengkap.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kanak-kanak bawah 12 tahun bakal divaksinasi bermula 2022. Gambar: Bernama
Kanak-kanak bawah 12 tahun bakal divaksinasi bermula 2022. Gambar: Bernama

Seramai 2,472,098 individu atau 78.5% populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini sudah menerima vaksin Covid-19 lengkap setakat 11.59 malam tadi, menurut data kementerian kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow.

Berdasarkan data itu juga, seramai 22,258,551 orang dewasa atau 95.1% populasi dewasa lengkap divaksin, 1,031,946 atau 4.4% masih tidak divaksin, manakala seramai 22,843,780 menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Secara keseluruhan, seramai 24,730,649 atau 75.7% populasi Malaysia sudah menerima vaksin Covid-19 yang lengkap.

Mengenai jumlah dos vaksin harian, sebanyak 143,662 dos diberikan melibatkan 42,888 penerima suntikan dos lengkap; 8,449 (dos pertama) dan 92,325 (dos penggalak).

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,946,620, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 825,497.