- Iklan -
Berita

Malaysia rekod 95% dewasa lengkap divaksinasi

97.6% populasi dewasa pula direkodkan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech semasa menghadiri temujanji bagi remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech semasa menghadiri temujanji bagi remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Sebanyak 95% atau 22,228,388 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima dos vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Menurut data kementerian kesihatan (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 97.6% atau 22,828,481 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara, sebanyak 75.5% atau 24,642,379 individu di negara ini telah lengkap diberi vaksin Covid-19.

Dalam pada itu, 116,642 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 30,700 suntikan dos lengkap, 7,877 menerima dos pertama dan 78,065 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,656,181.

Setakat semalam sebanyak 2,413,991 atau 76.7% individu remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, manakala 86.5% atau 2,722,418 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 644,664.