- Iklan -
Berita

94.9% dewasa, 76% remaja lengkap divaksinasi

97.5% daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada seorang remaja berusia 14 tahun ketika menghadiri temujanji Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada seorang remaja berusia 14 tahun ketika menghadiri temujanji Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Sejumlah 22,214,024 individu atau 94.9% kadar populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dos vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data kementerian kesihatan (KKM) menerusi laman CovidNow, sebanyak 22,819,122 individu atau 97.5% daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 108,821 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 44,084 suntikan dos lengkap, 6,342 dos pertama dan 58,395 pula menerima suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,527,937.

Setakat semalam juga, sebanyak 2,390,929 atau 76% individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 86.4% atau 2,719,497 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 565,629 dos.