Monday, December 6, 2021

KM Melaka hadapi pertembungan tiga penjuru di Lendu

Sulaiman yang mewakili BN ditentang Abdullah Mahadi (PN) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH).

Other News

Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali berdepan calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan tiga penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Sulaiman yang mewakili Barisan Nasional (BN) ditentang Abdullah Mahadi (PN) dan Mohamad Asri Ibrahim (PH).

Pengumuman calon yang layak bertanding itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Lendu Mohd Haidir Haron pada 10.39 pagi di Dewan Kompleks Japerun Lendu, Masjid Tanah hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November manakala undi awal pada 16 November ini.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran DUN Melaka pada 4 Oktober lepas apabila empat ahli DUN (Adun) menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman sebagai Ketua Menteri.

Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU14), Sulaiman memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 627 undi.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles