Friday, December 3, 2021

Willie sokong calon GPS di DUN Parlimen Puncak Borneo

Calon GPS di tiga kerusi DUN Puncak Borneo akan disokong ahli Parlimen Bersatu itu bagi memastikan kestabilan politik Sarawak.

Other News

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Willie Mongin menyokong penuh siapa sahaja calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang bakal bertanding di tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Puncak Borneo iaitu Serembu, Mambong dan Tarat.

Ahi Parlimen Puncak Borneo yang mewakili parti Bersatu itu berkata beliau juga akan membantu kempen calon-calon GPS di ketiga-tiga kerusi DUN semasa Pilihan Raya Negeri ke-12 Sarawak (PRN12) sekiranya diminta oleh GPS.

“Saya juga sudah minta penyokong-penyokong saya untuk beri sokongan kepada calon GPS di Serembu, Mambong dan Tarat pada PRN Sarawak akan datang,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri satu majlis hari ini.

Willie menjelaskan sokongan beliau kepada GPS adalah kerana memastikan keadaan politik di Sarawak stabil.

“Kita telah menyaksikan ketidakstabilan politik di peringkat Persekutuan sehingga menyebabkan kerajaan bertukar serta berlaku pertukaran perdana menteri beberapa kali.

“Saya percaya apabila kita mempunyai kerajaan dan keadaan politik yang stabil, kita boleh membawa pembangunan kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, beliau berharap GPS akan memberi kerjasama serupa apabila beliau bertanding mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum (PRU) seterusnya.

Ditanya sama ada terdapat calon Bersatu yang akan bertanding pada PRN 12, Willie berkata perkara itu terserah kepada rundingan pimpinan GPS dan Bersatu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles