- Iklan -
Berita

Kes harian Covid-19 lepasi 5,700

Kes keseluruhan Covid-19 kini meningkat sebanyak 2,492,343 kes.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengunjungi pusat beli-belah di ibu negara selepas kelonggaran sekatan pergerakan diberikan keada penerima vaksin lengkap di bawah Program Pemulihan Negara.
Orang ramai mengunjungi pusat beli-belah di ibu negara selepas kelonggaran sekatan pergerakan diberikan keada penerima vaksin lengkap di bawah Program Pemulihan Negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,713 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,492,343 kes.

5,867 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,396,244.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 555 kes di mana 519 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 280 kes di mana 218 adalah kes Covid-19.

Dari 5,291 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 93 kes (1.4%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,620 kes (98.4%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.