- Iklan -
Berita

Saifuddin utus surat kepada kerajaan Singapura bangkit kes Nagaenthran

Saifuddin juga berkata kementerian memantau kes tersebut di Singapura dan akan menghulurkan bantuan konsular kepada Nagaenthran dan keluarga.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Aktivis mengangkat gambar Nagaenthran K Dharmalingam dalam himpunan penyerahan memorandum di Parlimen.
Aktivis mengangkat gambar Nagaenthran K Dharmalingam dalam himpunan penyerahan memorandum di Parlimen.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah hari ini berkata pihaknya mengutus surat kepada menteri luar Singapura berhubung pelaksanaan hukuman mati Nagaenthran K Dharmalingam warga Malaysia cacat mental, selain menawarkan bantuan konsular kepadanya.

Menurut Saifuddin, beliau dimaklumkan oleh Anti-Death Penalty Asia Netwrokd (Adpan) dan ahli Parlimen mengenai situasi yang dihadapi Nagaenhtran.

“Saya menerima surat daripada Adpan melalui Maria chin Abdullah, ahli Parlimen Petaling Jaya yang memaklumkan pelaksanaan hukuman tersebut serta memohon kementeri luar negeri bangkitkan kes ini dengan kerajaan Singapura.

“Sehubungan itu, saya mengutus surat kepada menteri luar Singapura,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Nagaenthran disahkan mengalami kecacatan mental dan memiliki tahap IQ yang rendah selain turut didiagnosis memiliki Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).

Dia disabitkan pada 2011 kerana mengimport 42.72g diamorfin secara haram dan dijatuhi hukuman mati di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah Singapura yang merupakan undang-undang kontroversi namun terus dipertahankan pemimpin negara itu dengan menyifatkannya sebagai pencegah jenayah pengedaran dadah yang berkesan.

Awal hari ini, beberapa NGO juga turut berhimpun dan menyerahkan memorandum kepada Parlimen bagi mendesak kerajaan Malaysia campur tangan bagi menghentikan pelaksanaan hukuman mati terhadap Nagaenthran.

Mereka mendesak kedua-dua kerajaan Singapura dan Malaysia untuk mematuhi konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggesa pelaksanaan hukuman tidak dijalankan ke atas golongan orang kurang upaya dan mereka tidak memiliki keupayaan mental.

Dalam pada itu, Saifuddin turut berkata kementeriannya akan terus memantau perkembangan kes tersebut.

“Kementerian luar negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan terus memantau perkembangan kes ini dan kana menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada Nagaenthran dan keluarga,” katanya.