- Iklan -
Berita

Malaysia mulakan pembelian vaksin Pfizer untuk vaksinasi kanak-kanak 5-12 tahun

Setakat ini, 82.4% remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 sementara 62% lagi sudah lengkap divaksinasi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech semasa menghadiri temujanji bagi remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.
Beberapa remaja mendapatkan sijil digital vaksinasi bagi dos kedua selepas menerima suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech semasa menghadiri temujanji bagi remaja di PPV KPJ Tawakkal, Jalan Pahang.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini berkata Malaysia akan meneruskan pemerolehan vaksin Pfizer untuk vaksinasi kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun, selain mempertimbangkan pilihan vaksin lain seperti Sinovac.

Dalam ciapan Twitter, beliau berkata 82.4% remaja menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 sementara 62% lagi sudah lengkap divaksinasi.

“Ini bermakna #ReopeningSchools secara selamat,” katanya.

“Dengan Panel Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat mengesyorkan vaksin Pfizer untuk 5 hingga 12 tahun. Kami juga akan pertimbang pilihan lain seperti Sinovac.”

Panel perubatan penasihat kerajaan AS mengesahkan suntikan Pfizer untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun awal minggu ini, mengatakan manfaat yang diketahui daripada suntikan itu melebihi risikonya.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS (FDA) juga dijangka akan memberi persetujuan rasmi bagi suntikan vaksin tersebut tidak lama lagi.

Minggu lalu, pihak Pfizer juga berkata vaksin keluarannya memiliki kadar keberkesanan lebih 90% dalam mencegah gejala Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk remaja dilancarkan dilancarkan pada 8 September lalu.

Sebelum ini, Khairy berkata PICK remaja adalah vaksinasi Covid-19 remaja terpantas di dunia.