Thursday, November 25, 2021

Senator Guan Dee meninggal dunia

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun.

Other News

Ahli Dewan Negara senator Guan Dee Koh Hoi yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star Sabah) meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, petang ini.

Star Sabah dalam kenyataan di laman Facebook penerangannya hari ini memberitahu Guan Dee, 67, meninggal dunia pada 4.50 petang namun punca kematian tidak dinyatakan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Senator Guan Dee Kohoi telah dipanggil Tuhan pada jam 4.50pm, 26 Okt 2021 di Hospital Kuala Lumpur. Sama-sama kita doakan beliau serta keluarga,” kata kenyataan itu hari ini.

Guandee dilantik sebagai ahli Dewan Negara untuk tempoh bermula 16 Disember 2020 hingga 15 Disember 2023,

Beliau pernah menjadi timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya pada 16 April lepas sebelum kabinet terbubar setelah Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pada 16 Ogos lepas.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles