Tuesday, December 7, 2021

Kes harian Covid-19 kekal di paras bawah 6,000

5,607 pesakit Covid-19 turut dicatatkan sembuh hari ini.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 5,726 kes menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,442,224 kes.

5,607 pesakit juga direkodkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh sebanyak 2,340,390.

Dalam pada itu, kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 598 kes di mana 512 daripadanya disahkan Covid-19.

Sementara itu pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 308 kes di mana 219 adalah kes Covid-19.

Dari 5,726 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 97 kes (1.7%) adalah daripada Kategori Tiga, Empat, dan Lima, dan 5,629 kes (98.3%) lagi adalah terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles