Monday, October 18, 2021

UAE tumpaskan penyeludupan kokain terbesar dalam operasi ‘Scorpion’

Serbuan turut berjaya menahan suspek yang sedang melakukan proses pemindahan di sebuah gudang.

Other News

Pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) merampas setengah tan kokain dianggarkan bernilai AS$136 juta (RM568.28 juta), antara rampasan terbesar dadah di negara teluk itu.

Menurut polis Dubai, pihaknya “telah menumpaskan percubaan menyeludup kira-kira 500 kilogram dadah mampat ke negara itu.”

“Pasukan narkotik menganggarkan dadah itu bernilai lebih 500 juta dirham (AS$136 juta) yang disembunyikan dalam kontena kargo,” kata polis.

UAE yang terdiri daripada tujuh wilayah emiriah termasuk Dubai, mempunyai dasar sifar toleransi terhadap pemilikan dadah.

Menurut polis, mereka menggagalkan cubaan untuk menyeludup dadah itu selepas menerima maklumat mengenai kontena kargo yang membawa barangan seludup melalui pelabuhan.

Dalam operasi yang dinamakan “Scorpion”, seorang suspek berasal dari Asia Barat ditangkap dan kita mengesyakinya sebagai orang tengah sindiket dadah antarabangsa.

“Ketika kontena itu tiba, suspek memindahkan dadah itu ke emiriah lain dan menyimpannya di sebuah gudang sebelum dijual,” kata Pengarah Jabatan Anti Narkotik, Eid Mohammed Thani Hareb dalam sebuah kenyataan.

Beliau turut berkata, ketika serbuan suspek ditahan ketika sedang melakukan pemindahan di gudang terbabit.

Penyeludup dadah kebiasaannya berdepan hukuman mati di UAE namun hukuman itu jarang dilaksanakan.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles