Friday, October 15, 2021

Penulis blog mengaku tidak bersalah hina Agong di Facebook

Aspan didakwa menggunakan laman profil Facebook 'Aspan Alias' dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 16 Mei 2021.

Other News

Penulis blog Aspan Alias mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook miliknya, Mei lalu.

Aspan, 69, selaku orang kena saman (OKS) didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik berkenaan menggunakan laman profil Facebook “Aspan Alias” dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 2.47 petang, 16 Mei 2021.

Hantaran itu kemudian dibaca di Jabatan Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju, pada 9 pagi, 18 Mei 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara yang boleh sampai setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, timbalan pendakwa raya Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili OKS memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya sudah tidak bekerja sejak 30 tahun lalu.

Hakim M. M. Edwin Paramjothy membenarkan Aspan diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles