Monday, October 18, 2021

Adun Sindumin keluar Warisan, ikrar sokong kerajaan negeri

Menurut pelbagai laporan media, Yusof kecewa dengan perjuangan Warisan yang semakin hilang arah.

Other News

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin Yusof Yacob hari ini mengumumkan beliau keluar parti Warisan dan berikrar menyokong kerajaan negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), lapor Bernama.

Sebelum ini beliau dilaporkan pelbagai media keluar Warisan dan menjadi Adun bebas yang menyokong GRS.

Menurut laporan media Yusof membuat keputusan meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan perjuangan Warisan yang semakin hilang arah.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-16 (PRN16) tahun lalu, Yusof mempertahankan kerusi Sindumin dengan majoriti 424 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan empat calon lain.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018, Yusof menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin atas tiket Warisan selepas mengalahkan calon BN yang juga penyandang kerusi berkenaan, Sapawi Ahmad.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles