- Iklan -
Berita

88.4% dewasa, 63.8% populasi lengkap terima vaksin

94.5% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak bersiap sedia memakai pakaian pelindung diri sebelum melakukan proses vaksinasi kepada Orang Asli Temuan di Hulu Langat.
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak bersiap sedia memakai pakaian pelindung diri sebelum melakukan proses vaksinasi kepada Orang Asli Temuan di Hulu Langat.

20,819,254 individu atau 88.4% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara 24,085,144 atau 94.5% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.

Dari segi populasi keseluruhan, 63.8% telah lengkap divaksinasi sementara 73.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 224,034 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 44,797,925.