- Iklan -
Berita

Lebih 85% dewasa lengkap divaksinasi ketika jumlah suntikan vaksin lepasi 43 juta

94% atau 23,178,045 individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Doktor sukarelawan  menjalankan vaksinasi kepada seorang warga emas di Taman Dato Razali, Ampang dalam usaha vaksinasi rumah ke rumah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Doktor sukarelawan menjalankan vaksinasi kepada seorang warga emas di Taman Dato Razali, Ampang dalam usaha vaksinasi rumah ke rumah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Lebih 85.1% atau 19,945,616 populasi dewasa lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara 94% atau 23,178,045 individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.

Bagi populasi keseluruhan, 61.1% telah menerima vaksin lengkap sementara 71% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Sejumlah 329,722 dos telah diberikan semalam, menjadikan keseluruhan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 42,699,197.