Friday, October 22, 2021

Terengganu dijangka masuk Fasa 4 PPN hujung Oktober

Peralihan itu berdasarkan perkembangan semasa kadar peratusan lengkap divaksinasi bagi populasi dewasa yang telah mencapai tahap 82.7% manakala bagi dos pertama telah melebihi 90%.

Other News

Terengganu dijangka beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) selewat-lewatnya pada hujung Oktober depan, kata Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata ia berdasarkan petunjuk dan perkembangan semasa seperti kadar peratusan lengkap divaksinasi bagi populasi dewasa yang sehingga kini telah mencapai tahap 82.7% manakala bagi dos pertama telah melebihi 90%.

“Insya-Allah esok akan ada mesyuarat khas di peringkat pusat mengenai jawatankuasa khas pandemik yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Dalam mesyuarat tersebut, perkara ini (peralihan fasa) juga diteliti dan kalau ikut keadaan semasa, kita jangka akan dapat beralih ke fasa seterusnya (Fasa Empat) paling lewat sebulan lagi,” katanya selepas melakukan tinjauan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Berangan hari ini.

Seramai 1,470 pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga dari empat sekolah menengah di daerah Marang menerima dos pertama sebagai persediaan pembukaan sesi persekolahan Oktober ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Ahmad yang juga naib Presiden PAS berkata Terengganu akan menjadi tuan rumah bagi Muktamar Tahunan PAS Kali ke-67 yang dijadual berlangsung pada 6 hingga 7 November depan.

Oleh itu segala perancangan dan persiapan telah mula dibuat bagi memastikan perjalanan muktamar termasuk pemilihan jawatan tertinggi parti berjalan lancar.

“Muktamar ini tidak boleh ditangguhkan lagi dan kami akur dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk diadakan sebelum 31 Disember,” katanya.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles