- Iklan -
Berita

84.4% dewasa, 60.6% populasi lengkap divaksinasi

93.8% populasi negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak mengangkat barangan keperluan untuk  program vaksinasi Orang Asli di sekitar daerah Hulu Langat di Sungai Gabai.
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak mengangkat barangan keperluan untuk program vaksinasi Orang Asli di sekitar daerah Hulu Langat di Sungai Gabai.

Sebanyak 84.4% populasi atau 19,784,628 individu lengkap divaksinasi setakat semalam.

Sementara 93.8% atau 23,007,292 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.

Bagi populasi keseluruhan, 60.6% telah menerima vaksin lengkap sementara 70.5% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Sejumlah 323,335 dos telah diberikan semalam, menjadikan keseluruhan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 42,699,197.