- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 menurun bawah 14,000

Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,985 hari ini disusuli Johor yang mencatat 1,913 kes jangkitan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Warga Selangor mengambil kesempatan cuti hujung minggu berkunjung ke kawasan Sungai Congkak, Hulu Langat dengan menjalankan aktiviti berkelah dan beriadah bersama ahli keluarga selepas Putrajaya mengumumkan Lembah Klang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 13,754 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 2,156,678 kes.

Selangor mencatat kes harian tertinggi sebanyak 1,985 hari ini disusuli Johor yang mencatat 1,913 kes jangkitan.

Sabah mencatatkan kes harian sebanyak 1,629, Kedah (783), Kelantan (1,264), Perak (844), Pulau Pinang (1,052), Kuala Lumpur (383), Pahang (869), Melaka (292), Negeri Sembilan (175), Terengganu (664) dan Sarawak (1,766).

Putrajaya (14), dan Perlis (113) sahaja negeri yang mencatat kes dua digit hari ini.

Sementara Labuan (8) mencatatkan kes harian satu digit hari ini.