- Iklan -
Berita

Tiada lagi sekatan jalan di Lembah Klang, Selangor sertai KL ke Fasa 2

Ia berkuat kuasa pada Jumaat, 10 September.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Kesesakan lalu lintas hanya berlaku di sekatan jalan raya yang dilaksanakan antara negeri dan daerah.
Kesesakan lalu lintas hanya berlaku di sekatan jalan raya yang dilaksanakan antara negeri dan daerah.

Perdana Menteri Ismail Sabri yaakob berkata Selangor akan menyertai Putrajaya dan Selangor ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 10 September depan, mengatakan pergerakan antara negeri-negeri itu dibenarkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ismail berkata Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan menjadi satu kawasan yang sama.

“Pergerakan antara negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dibenarkan dan tiada sekatan jalan raya,” katanya.

Menurut Ismail, antara kelonggaran yang diberikan kepada penerima vaksin lengkap di Fasa Dua adalah sama seperti negeri-negeri di fasa sama sebelum ini termasuk kebenaran merentas daerah.

“Pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin dibenarkan untuk merentas negeri.

“Ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun,” katanya

Dalam Fasa Dua juga, “dine-in” turut dibenarkan di premis makanan selain aktiviti pelancongan dalam negeri melibatkan penginapan di hotel dan homestay.

“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali.”

Selangor, Kuala Lumpur and Putrajaya akan menyertai Melaka, Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah, Perak dan Pulau Pinang yang kini berada dalam Fasa Dua.

Negeri Sembilan, Perlis dan Sarawak kini beralih dalam Fasa Tiga.

Sementara Labuan menjadi satu-satunya negeri yang berada di Fasa Empat ketika ini.

Hanya Kedah dan Johor kekal berada di Fasa Satu PPN ketika ini.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata negara akan memasuki fasa endemik pada akhir bulan Oktober depan.

Menurutnya, Covid-19 akan diuruskan seperti penyakit-penyakit endemik lain, dan KKM sedang menyiapkan pelan peralihan negara kepada norma baru.

“Kita perlu sedia terima hakikat walaupun kita berjaya mengawal Covid-19,dari segi kes jangkitan, kematian dan kemasukan ke hospital.

“Kita perlu terima hakikat Covid-19 ini akan menjadi endemik, dan kita hidup bersama dengan virus ini.”

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.