- Iklan -
Berita

Hampir 70% populasi dewasa Malaysia lengkap vaksin Covid-19

Hampir 90% populasi dewasa terima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac di Stadium Bukit Jalil.
Penerima vaksin warga asing hadir secara walk-in ke pusat vaksinasi menunggu giliran sebelum mendapatkan vaksin Sinovac di Stadium Bukit Jalil.

Sebanyak 88.9% atau 20,814,413 populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 69.6% atau 16,299,881 populasi dewasa pula telah melengkapkan suntikan vaksin berkenaan.

“Sebanyak 326,476 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.

JKJAV turut memaklumkan jumlah keseluruhan pemberian vaksin setakat ini ialah sebanyak 37,071,789.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.