- Iklan -
Berita

KM Sarawak harap Ismail teruskan polisi pentadbiran Muhyiddin berhubung Sarawak

Abang Johari Openg berkata rakyat Sarawak mahu melihat hak dan keistimewaan dalam MA63 dikuatkuasakan.

Nur Shazreena Ali
2 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ditemani Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dalam sebuah majlis di Kuching ketika lawatan rasmi perdana menteri ke Sarawak awal tahun ini. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ditemani Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg dalam sebuah majlis di Kuching ketika lawatan rasmi perdana menteri ke Sarawak awal tahun ini. Gambar: Bernama

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg menggesa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk terus prihatin berhubung kepentingan negeri itu seperti yang telah ditunjukkan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Dalam perutusan sambutan Hari Kebangsaan ke-64, beliau berkata kepimpinan baru harus menyambung usaha-usaha untuk mengembalikan hak-hak Sarawak berhubung sumber minyak dan gas.

“Saya, seperti anak-anak Sarawak yang lain, juga ingin melihat hak dan keistimewaan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 dihormati oleh Kerajaan Persekutuan dan dikuatkuasakan seperti yang sepatutnya.

“Saya amat berharap kepimpinan Kerajaan Persekutuan yang baru sahaja mengambilalih tampuk kepimpinan Kerajaan Pusat akan terus menghormati hak dan keistimewaan negeri ini dan terus prihatin terhadap keinginan rakyat Sarawak supaya mana-mana hak yang sudah terhakis dikembalikan kepada negeri ini,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Muhyiddin di atas usaha kerajaan pusat untuk mengembalikan hak-hak Sarawak berhubung jualan minyak dan gas selain pembayaran cukai hasil.He also thanked Muhyiddin for his efforts to grant Sarawak’s rights over oil and gas sales as well as tax revenue payments.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 17 bulan yang lepas kerana telah menunjukkan keprihatinan kepada impian rakyat Sarawak yang ingin menikmati hasil mahsul yang keluar dari perut bumi mereka sendiri walaupun mereka akur bahawa sebahagian perlu disumbang kepada pembangunan negara keseluruhannya,” katanya.

Pada Mac tahun lalu, 18 ahli Parlimen GPS menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri susulan peletakan jawatan oleh Dr Mahathir Mohamad.

Dua bulan selepas Muhyiddin mengangkat sumpah, firma minyak negara Petroas bersetuju untuk menyelesaikan cukai jualan sebanyak RM2 bilion kepada Sarawak.

Cukai jualan yang dikenakan kepada Petronas oleh kerajaan negeri dilihat sebagai kompensasi bagi janji pembayaran 20% royalti yang tidak ditunaikan oleh kerajaan Pakatan Harapan.