- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 kekal di paras 22,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,814 disusuli Sabah sebanyak 2,834.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak, memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada penduduk Orang Asli suku Temuan di Sungai Gabai, Hulu Langat.
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak, memberi suntikan vaksin Pfizer Bio-NTech kepada penduduk Orang Asli suku Temuan di Sungai Gabai, Hulu Langat.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 22,597 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,685,510 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 5,814 disusuli Sabah (2,834), Sarawak (2,427), Kedah (2,162), Pulau Pinang (1,920), Johor (1,896), Kelantan (1,289), Kuala Lumpur ( 1,111), Perak (1,061) dan Terengganu (739).

Hanya Labuan (5) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 19,492 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,401,160 kes.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 268,548 kes.

Dalam pada itu, 986 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 451 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 252 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 15,802.