- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 meningkat lagi, jangkau 22,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,325 disusuli Sabah sebanyak 3,224.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak melakukan persediaan vaksin ke dalam picagari ketika program vaksinasi orang asli di Hulu Langat.
Petugas Kesihatan Hospital Orang Asli Gombak melakukan persediaan vaksin ke dalam picagari ketika program vaksinasi orang asli di Hulu Langat.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 22,642 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,616,244 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,325 disusuli Sabah (3,224), Kedah ( 2,279), Johor (1,832), Sarawak (1,667), Pulau Pinang (1,427), Kelantan (1,424), Perak (1,390) dan Kuala Lumpur (1,128),

Hanya Labuan (4) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 20,798 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,337,134.

Dalam pada itu, 1,003 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 490 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 265 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 14,818.