- Iklan -
Berita

Kes baru catat rekod tertinggi jangkau 22,200 jangkitan

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,858.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Usaha vaksinasi terus ditingkatkan dalam negara dengan penggunaan fasiliti bergerak seperti bas yang diusahakan PKNS di sekitar Lembah Klang.
Usaha vaksinasi terus ditingkatkan dalam negara dengan penggunaan fasiliti bergerak seperti bas yang diusahakan PKNS di sekitar Lembah Klang.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 22,242 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,466,512 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,858 disusuli Sabah (2,413), Pulau Pinang (1,867), Kedah (1,852), WPKL (1,587), Johor (1,477), Sarawak (1,403), Kelantan (1,351), Perak (1,036), Pahang (675), dan Melaka (579).

Labuan (5) sahaja negeri yang mencatatkan kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 17,450 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,162,578.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 254,484 kes.

Dalam pada itu, 1,060 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 540 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 225 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 13,302.