- Iklan -
Berita

Agong lantik Muhyiddin sebagai ‘PM caretaker’, tolak kemungkinan pilihan raya

Istana berkata ia adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana menteri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Negara selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. Gambar: Bernama
Perdana menteri Muhyiddin Yassin keluar dari Istana Negara selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. Gambar: Bernama

Istana Negara hari ini mengumumkan Muhyiddin Yassin akan kekal sebagai caretaker sehingga perdana menteri baru dilantik, selain menolak kemungkinan untuk mengadakan pilihan raya umum.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, istana mengatakan keputusan tersebut adalah selaras dengan Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Agong hendaklah melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan sebagai perdana menteri baru.

“Pada hemat Seri Paduka Baginda, pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 bukan satu pilihan yang terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselematan rakyat.

“Seri paduka Baginda berkenan supaya Yang Amat berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalankan tugas sebagai caretaker perdana menteri sehingga perdana menteri baru dilantik,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan Kabinet atas khidmat bakti beliau dalam pentadbirain negara di bawah Perikatan Nasional bermula Mac 2020 khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

“Selaku ketua utama negara, Seri Paduka Baginda memahami dan menghrmati sistem dan proses perundangan negara dan juga menghormati apa-apa keputusan yang di Tan Sri Muhyiddin Yassin berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.”

Terdahulu, Muhyiddin telah menyerahkan peletakan jawatan beliau dalam sesi mengadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah awal hari ini.

Tindakan beliau itu adalah susulan penolakan parti-parti pembangkang terhadap cadangan persefahaman rentas politik yang ditawarkan beliau sebagai pertukaran bagi sokongan mereka dalam usul undi percaya yang dijadualkan akan dibentang dalam sidang Dewan Rakyat bulan depan.

Beliau turut berkata pilihan raya akan diadakan pada Julai tahun depan mengikut situasi pandemik Covid-19.