Monday, September 20, 2021

318 korban Covid-19 dicatat, Kes harian rekod lepasi 21,600 jangkitan

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,278.

Other News

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 21,668 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,342,215 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,278 disusuli Kuala Lumpur (2,436), Kedah (2,143), Sabah (2,052), Johor (1,706), Pulau Pinang (1,229), Sarawak (1,216), Kelantan (972), Perak (930), Negeri Sembilan (899), dan Pahang (629).

Tidak ada negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 17,687 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,093,503.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 237,021 kes.

Dalam pada itu, 1,059 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 543 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 318 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 11,691.

 

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles