- Iklan -
Berita

Korban Covid-19 rekod angka kematian tertinggi sebanyak 360, kes baru turun bawah 19,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,565.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai yang hadir dan menunggu giliran sebelum menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.
Orang ramai yang hadir dan menunggu giliran sebelum menerima vaksin Sinovac di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (Mitec), Jalan Dutamas.

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 18,688 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,262,540 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6,565 disusuli Kuala Lumpur (1,883), Kedah (1,610), Sabah (1,379), Johor (1,308), Negeri Sembilan (1,140), Kelantan (870), Perak (861), Pulau Pinang (694), dan Pahang (602).

Hanya Labuan (2) dan Perlis (6) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 17,055 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,026,398.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 225,393.

Dalam pada itu, 1,095 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 571 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 360 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 10,749.