- Iklan -
Berita

Kes baru Covid-19 turun bawah 20,000

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,084.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan menjalankan ujian sariangan Covid-19 di Labuan. Gambar: Bernama
Petugas kesihatan menjalankan ujian sariangan Covid-19 di Labuan. Gambar: Bernama

Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 19,257 menjadikan kes keseluruhan Covid-19 meningkat sebanyak 1,243,852 kes.

Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 7,084 disusuli Kuala Lumpur (2,450), Kedah (1,514), Johor (1,182), Sabah (1,255), Pulau Pinang (959), Kelantan (930), Negeri Sembilan (884), Perak (774), dan Pahang (714).

Hanya Labuan (2) sahaja negeri yang mencatat kes satu digit hari ini.

Negara juga mencatat sebanyak 16,323 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 1,009,343.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan pula kini berjumlah 224,120.

Dalam pada itu, 1,097 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 575 orang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia turut mencatat 210 lagi korban akibat Covid-19, menjadikan jumlah mangsa yang maut meningkat kepada 10,389.